Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 9 August 2012

IRISH COOKIES

 

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Irish cookies ni merupakan biskut yg tak pernah tinggal Naz membuatnya setiap kali hari raya semenjak mencubanya buat pertama kali. Campuran rasa nescafe dan nestum tu memang ummphhhh... 

Resepi pun memang dah ada di dalam blog ni. Cuma setiap kali membuatnya, Naz akan cuba mempelbagaikan penggunaan butter di dalam resepi. Kadang-kadang Naz gunakan sepenuhnya jumlah butter seperti di dalam resepi. Kadang-kadang Naz mencampurkan penggunaan butter dengan majerin di dalam resepi. Untuk kali ini, Naz menggunakan sepenuhnya majerin menggantikan butter di dalam resepi.  Hasilnya, untuk setiap biskut yang menggunakan majerin, akan menjadi lebih rangup selepas dibakar.

Untuk hiasannya pula, tidak perlu terlalu terikat kepada resepi. Boleh dipelbagaikan seperti menyapu kuning telur di atas biskut sebelum dibakar atau menambah dengan taburan manik hiasan atau pun boleh juga dipaipkan coklat masakan mengikut corak yang diingini. Boleh klik di SINI atau di SINI untuk melihat hasil sebelum ini. Naz akan tuliskan juga seklai lagi resepi biskut ni. Alaaa..bukan susah pun kan. Copy dan paste jer..heheheee...


BISKUT IRISH (IRISH COOKIES)

Bahan-bahan A :
  • 180 gm butter (Naz gantikan penggunaan butter dengan majerin)
  • 20 gm vege shortening (lelemak sayuran)
  • 130 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp serbuk nescafe classic
  • 1 tsp asen kopi/ asen vanilla/ kopi emulco
Bahan-bahan B :
  • 200 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung ubi
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 40 gm nestum atau cornflakes yang dikisar halus 
Bahan Hiasan:
  • Kuning telur untuk sapuan + sugar ball @ chocolate rice
  • Atau boleh guna coklat masakan yang dicairkan dan dilorek di atas biskut selepas biskut masak

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga sebati dan berkrim.
  2. Masukkan bahan B. Uli hingga menjadi doh. Canai dan terap menggunakan acuan pilihan anda.
  3. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan sugar ball. 
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C  - 175 C selama 25 minit atau hingga biskut masak sepenuhnya.
  5. Sejukkan dulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

NOTA NAZ:
  • Kalau buat biskut ni, Naz suka mencampurkan penggunaan butter dengan majerin kerana akan menghasilkan biskut yang lebih rangup. 
  • Untuk hiasan biskut kali ini, Naz tidak menyapu kuning telur di atas biskut sebaliknya cuma menaburkan manik hiasan warna-warni sebelum membakar biskut.


SELAMAT MENCUBA!

7 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

banyak dah mengukis ni, Naz.. hantar sini sikit..

Kak Rose said...

tu dia berderet2 cookies kuor... raya sakan lah nnti!

Unknown said...

Assalamualaikum Naz..
Dah mula buat biskut raya yer...cantik2 semuanya...

Kak Lin tak mula lagi...tunggu anak2 semua balik baru nak mula buat...
kalau tak pun nanti beli jer...

zura said...

askum kak Naz,saya selalu singgah blog akak,byk resipi best2.nk mintak izin CnP resipi ni kat blog saya.minat biskut yg de aroma nescafe ni..terima kasih...

EmbunRosaliza said...

kalo yg naz kata sedap mesti sedap tu, akk pun suka kalo biskut ada bau nescafe..harum sangat , dh byk buat sekuk naz, eh raya kat mana tahun ni, klate ko

quinnie said...

kalau sempat nak buat le kak naz...huhuhu

Anonymous said...

tahun ni tdk dpt rasanya nak buat biskut nih...sbb byk lagi biskut lain nak kena buat....terliur tgk biskut akak nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...