Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 4 December 2012

CANTONESE EGG TART + RVCC

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Masih lagi cuti-cuti sekolah dan juga sambil-sambil tu cuti-cuti berblogging..hehehe... Harapan Naz semoga semua pengunjung sihat sejahtera hendaknya.

Tart telur yang memang menjadi kegemaran anakanda sulung iaitu Haris ni dah beberapa kali dicuba. Dulu pernah masukkan sekali entry tentang Tart Telur Kantonis ni. Rasa tart telur resepi dari Cristine's Recipes ni memang sedap. Kalau sesiapa yang gemarkan tart telur, harus cuba resepi dari Cristine ni. Two tumbs up!

Anyway, kali ni Naz buat tart telur kantonis ni adalah sebagai memenuhi permintaan dan juga tempahan dari Atiqah(bakal biras) untuk adik ipar Naz sempena hari lahirnya. Atiqah menempah 12 biji tart telur bersama 4 biji red velvet cupcakes. Resepi RVC ni boleh rujuk di SINI pada yang berminat.

Untuk resepi tart telur, Naz copy dan paste je dari web Cristine untuk rujukan sendiri pada masa hadapan.. WALAU BAGAIMANAPUN, KALAU NAK LIHAT RESEPI NI DALAM BAHASA MELAYU, BOLEH RUJUK DI SINI(resepi yang telah Naz ringkaskan penulisannya dalam bahasa melayu).

CANTONESE EGG TART
Recipe by: Cristine

Ingredients of crust: 

  • 225 gm plain flour
  • 125 gm butter
  • 55 gm icing sugar
  • 1 egg, whisked
  • a dash vanilla extract
Ingredients of custard:
  • 3 eggs
  • 110 gm caster sugar
  • 225 gm hot water
  • 85 gm evaporated milk
  • 1/2 tsp vanilla extract
Method (making crust): 
  1. Place butter at room temperature until softened. Cream the butter and sugar with an electric mixer over medium speed until the mixture is smooth, fluffy and light in color.
  2. Add in whisked egg, half at a time, beat over low speed. Add vanilla extract, mix well.
  3. Sift in flour in two batches, scraping down the sides of the bowl between additions with a spatula, and make sure all ingredients combine well. Knead into dough. (see picture)
  4. Roll out the dough to a 1/2 cm thickness. Cut dough with a cookie cutter that is just a bit smaller than your tart tin in size. Line dough in the middle of tart tins, one by one. Lightly press the dough with your thumbs, starting from the bottom then up to the sides. While pressing the dough, turn the tart tin clockwise/anti-clockwise in order to make an even tart shell. Trim away any excess dough.
Method (making custard): 
  1. Add sugar into hot water, mix until completely dissolved.
  2. Whisk egg with evaporated milk. Pour in sugar water. Mix well.
  3. Sift egg mixture to get rid of any foam into a tea pot. Carefully pour egg mixture into each tart shell.
Method (baking tarts): 
  1. Preheat oven to 200C. Position rack in lower third of oven. Bake tarts for 10 to 15 minutes until the edges are lightly brown.
  2. Lower the heat to 180C. Keep an eye on them. Once you see the custard being puffed up a bit, pull the oven door open about 2 to 3 inches. Bake for another 10 to 15 minutes until the custard is cooked through. Just insert a toothpick into the custard. If it stands on its own, it’s done.
Notes from Cristine:
  • Placing tarts at the lower rack in oven could cook crusts easily before the egg custard being heated up too quickly. (My oven will automatically turn on the heater at the bottom when it turns to “bake mode”. It’s better to check the menu of your own oven and know how your oven is designed.)
  • At the very last stage, pull the oven door open a few inches. This method is to avoid custard from being puffed up too high. The custard would collapse once they are cooled down otherwise.

NOTA NAZ:
  • Nampak tak keliling casing tart telur Naz tu, ada kawasan yang agak comot. Ok, untuk mendapat casing yang bersih dan tak comot macam dalam gambar tu, pastikan kastad telur yang dituang tidak melimpah atau tidak terkena tebing-tebing kulit tart tu sebelum pembakaran (berdasarkan pengalaman).
  • Selalunya sewaktu proses menuang larutan kastad ke dalam casing, tidak menjadi masalah tapi proses membawa tart telur untuk dibakar di dalam oven yang menyebabkan kastad di dalam casing tu melimpah sikit ke bahagian tepi-tepi casing tart lebih-lebih lagi kalau larutan kastad dituang penuh(macam Naz ler...hehehe).
SELAMAT MENCUBA! 

Saturday 1 December 2012

KASWI GANDUM YANG SANGAT MUDAH (CHEF HANIELIZA)

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bersiaran lagi hari ini dengan izin Allah SWT. Semoga sihat sejahtera semua rakan-rakan di mana saja berada.

Kaswi gandum resepi dari kak Hanieliza atau sekarang lebih terkenal dengan nama Chef Hanieliza yang memang pasti sedap dan menjadi bila dibuat ini benar-benar menambat hati seisi keluarga di rumah ni. Dulu Naz pernah buat resepi dari kak Liza ni tapi dulu tu warna kaswi Naz tak begitu cantik. Kaswi dulu tu, Naz buat menggunakan gula Melaka tapi kali ini Naz ikut seperti resepi iaitu menggunakan gula merah. Memang cantik je kaler kaswi kali ini bila menggunakan gula merah.

KASWI GANDUM

Bahan Sirap:
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
* Masak semua bahan di atas dan sejukkan.

Bahan Lain:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ ubi/ jagung
  • 1 tsp kapur kuih (optional)
  • Kelapa parut muda
  • Sedikit garam
Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan/ sapukan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan plastik saiz loyang]. Naz gunakan acuan-acuan kecil dan sapukan sedikit minyak masak.
  3. Bancuh semua bahan dan tapis. Tuang dalam loyang.
  4. Kukus sehingga masak dalam 30 minit.
  5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik.
  6. Kelapa muda digaul dengan garam. (Naz kukus sekejap kelapa ni).
  7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa parut. Hidangkan..
NOTA NAZ:
  • sedap kuih kaswi resepi dari kak Liza ni. Ada sedikit goyang-goyang bila dipegang. Lembut dan pasti sedap bila dimakan..nyumm..

SELAMAT MENCUBA!

Thursday 29 November 2012

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ini buat agar-agar santan yang memang tetap manjadi kegemaran anak-anak di rumah ni. Kalau buat satu adunan ni, memang kami anak beranak je yang habiskan. Makan pula setelah disejukkan di dalam peti ais...perghhh...memang nyaman masuk ke tekak.

Resepi agar-agar santan ni Naz dah pernah letak dulu. Dulu Naz buat Agar-agar Santan Sirap Rose. Kali ni buat yang tradisional pula iaitu Agar-agar Santan Gula Melaka. Masa kecil-kecil dulu, inilah agar-agar yang sering Naz jumpa di kenduri-kenduri di rumah orang dan agar-agar inilah yang menjadi pujaan kalbuku...hehehee...


AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 250 gm)
  • Sedikit gula pasir sekiranya perlu
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka. Kalau kurang, tambah lagi air supaya menjadi 1 liter kembali.
  2. Masak air gula yang telah ditapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
  3. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. 
  4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  5. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
Nilah rupa larutan agar-agar yang menggelegak kuat di dalam periuk. Biar ia menggelegak dengan ganazzz yer supaya terhasil dua lapisan agar-agar apabila mengeras nanti.
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday 28 November 2012

TALAM SEKOTENG LAPIS KELADI

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hihiiii...lama tak update blog. Sejak cuti sekolah, rasa macam lebih sibuk pula daripada hari-hari persekolahan. Macam mana tu ek?? ^_^ Adakah sibuk atau adakah kemalasan yang lebih mengulit diri?? heheheee...

Talam sekoteng lapis keladi ni adalah adaptasi daripada Talam Sekoteng Chef Asma yang terkenal tu. Dulu Naz dah buat talam seperti ini juga tetapi dengan perisa pandan. Talam yang dulu tu Naz bagi nama Talam Sekoteng Lapis Pandan.

Kali ini, teringin pula mencuba talam sekoteng ni dengan perisa keladi pula. Lagi pun nak lihat out come bila digabungkan dengan warna ungu tu. So inilah hasilnya.

TALAM SEKOTENG LAPIS KELADI
ADAPTED FROM : Talam sekoteng Chef Asma

Saiz loyang 7 inci X 7 inci 

LAPISAN BAWAH: 
(warna ungu)
75 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
2 biji telur 
125 ml santan pekat
250 ml air
1/4 tsp garam
1 tsp perisa keladi + sedikit pewarna ungu sekiranya perlu

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan, tapis dan bahagi kepada dua bahagian sama banyak. Ketepikan satu bahagian untuk membuat lapisan atas nanti. Masak satu bahagian lagi di dalam periuk hingga naik wap.
  2. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.
  3. Kukus selama 15 minit. Bila dah masak, cakar sikit permukaan kuih dengan garfu.

LAPISAN TENGAH: 
(warna putih)
50 gm sekoteng (rebus & toskan)  
(boleh guna 1/2 saja daripada jumlah ni)

(*)
75 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
75 gm gula kastor
1/2 tsp garam

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan yang bertanda (*), tapis dan masak hingga naik wap. Tutup api.
  2. Masukkan sekoteng yang telah direbus tadi dan kacau rata.
  3. Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 25 minit. Bila dah masak, cakar sikit permukaan kuih dengan garfu.

LAPISAN ATAS:
(warna ungu)
Masak hingga naik wap satu bahagian yang masih tinggal dari adunan lapisan bawah tadi. Tuang ke atas lapisan tengah dan kukus 20 minit. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

NOTA NAZ:

  • Kalau rasa seperti malas nak kukus 3 kali tu, boleh buat dua lapisan saja. Mulakan mengukus dengan lapisan bewarna putih(yang ada sekoteng) dan kemudian lapisan bewarna ungu dengan perisa keladi.
p/s: pssttt...potongan kuih kurang kemas sikit. Tak sabar nak rasa..hehehee

SELAMAT MENCUBA!

Monday 19 November 2012

DRAGON FRUIT PANNA COTTA

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga semua rakan-rakan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT hendaknya. Hari ni nak tayang dessert Panna Cotta yang kali pertama Naz buat. Resepinya memang dah lama sangat disimpan dan baru sekarang mencubanya. 

Resepi Naz rujuk dari blog kak Nor. Resepi asal datangnya dari blog Gert-My Kitchen Snippets. Bolehlah rujuk mana2 link untuk melihat resepi dan juga hasil dari blog mereka ini pada link di bawah ye. 

DRAGON FRUIT PANNA COTTA 
Resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Resipi asal : Gert@KitchenSnippets



Bahan-bahan:

  • 2 cawan susu segar/fresh milk
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 2 sudu kecil serbuk gelatin + 3 sudu besar air panas
  • 1/4 cawan gula @ secukup rasa
  • 1 sudu kecil esen vanila


Untuk puree dragon fruit:

  • 1 biji dragon fruit yang telah masak
  • 2 - 3 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil perahan limau/lemon (Naz tak letak)
  • 1 sudu kecil serbuk gelatin + 2 sudu besar air panas, kacau hingga larut (ni Naz tambah sendiri)

Cara-cara:

  1. Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
  2. Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
  3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
  4. Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
  5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
  6. Sementara itu bolehlah disedikan puree dragon fruit.
  7. Blend dragon fruit hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon. Kemudian Naz gaul dgn larutan gelatin yang Naz tambah di dalam resepi.
  8. Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
  9. Utk menghidang, tuangkan puree buah ke atas panna cotta tadi.
  10. Sedia utk dinikmati.

NOTA DARI KAK NOR:
  • utk membuat panna cotta ni mudah aje, cuma perlu ambil masa yg agak lama antara 5 - 6 jam utk panna cotta tu betul2 set/mengeras. kalau dituangkan puree buah sebelum ianya betul2 set, nanti akan tenggelam ke dalam panna cotta tu.
  • utk menikmati panna cotta ni di waktu petang, eloklah disediakan panna cotta ni di waktu pagi.
  • tekstur panna cotta tidak spt agar2 atau puding, ia lebih kepada dadih
SELAMAT MENCUBA! 

Thursday 15 November 2012

APAM PISANG KUKUS (RESIPI PILIHAN DIANA)

 
ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam walau di mana jua berada. Semoga dengan bermulanya tahun Hijrah yang baru ini, kita sama-sama lebih berusaha ke arah kebaikan dan ke arah keredhaan Illahi untuk dunia dan akhirat..insyallah.

Apam pisang ni antara resepi apam pisang yang selalu Naz buat. Senang dan rasa pun sedap. Tengoklah rupanya tu, montok tak? heheheee... 

Resepi apam pisang ni dah lama Naz simpan dan guna. Naz perolehi dari blog yang dah tak boleh dibuka sekarang ni iaitu blog RESIPI PILIHAN DIANA. Memang Naz banyak simpan resepi-resepi yang Naz kutip dari blog Diana ni sebab nilah antara blog yang Naz sering buka masa mula-mula kenal dunia masakan melalui internet dulu.

APAM PISANG KUKUS
SOURCE: Resipi pilihan Diana

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar) 
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak masak)
  • 4 biji telur 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh baking soda 
  • 1 cawan gula (Naz guna 3/4 cawan)
  • secubit garam 

Cara-cara: 
  1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan. 
  2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. 
  3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak. Kemudian masukkan pisang lecek dan gaul rata.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega/minyak. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. 

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih. 


SELAMAT MENCUBA!

Wednesday 14 November 2012

KEK LAPIS KASTAD PANDAN

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani... Hiiii...lama lak cuti berblogging. Anak-anak dah mulakan cuti sekolah. Umminya pula dah mulakan cuti ..hehehe.. 

Kek kastad pandan ini Naz buat untuk makan-makan di rumah sebab anak-anak memang suka kek kastad ni. Dulu buatkan KEK LAPIS KASTAD KELADI. Memang berebut-rebut nak rasa. Yang si kecil Hani tu pun tak nak ketinggalan meminta bahagian untuk dirinya...So memang ternyatalah sedap kek kastad ni pada tekak orang di rumah Naz ni.

Kek ni Naz cuma salut bahagian tepinya dengan kelapa parut kering saja. Sebelum itu, Naz sapukan di keliling tepi kek tu dengan non-dairy whipping cream yang telah dipukul kental yang memang ada di dalam freezer rumah ni. Biar senang kelapa tu melekat nanti.

Untuk resepi, Naz masih menggunakan resepi dari page Jom Masak (facebook) sebab suka dengan rasa dan cara penyediaannya yang mudah tu. Kek ni rasanya sedang-sedang manis saja. Just nice pada Naz. Jadi terima kasih sekali lagi pada admin Jom Masak yang berkongsi resepi ini.

KEK KASTAD PANDAN

KEK SPAN PANDAN
Bahan-bahan:
  • 150 gm tepung gandum- ayak
  • 1 tsp baking powder- ayak
  • 5 biji telur gred B
  • 100 gm gula kastor
  • 1 tsp ovallete
  • 50 ml susu segar/ susu cair
  • 1 tsp esen vanilla
  • Perisa pandan dan pewarna hijau
  • 50 ml minyak masak
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
  2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
  3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
  4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
  6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.
KASTAD PANDAN
Bahan-bahan:
  • 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
  • 1 cawan gula kastor
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
  • Secubit garam
  • Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.

CARA MELAPIS KEK KASTAD
  1. Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
  8. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.
NOTA & TIPS NAZ:
  • Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek. 
  • Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.
SELAMAT MENCUBA! 

Thursday 8 November 2012

AYAM MASAK KANDAR


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah bersiaran lagi hari ini walaupun setiap hari bersiaran tak pernah dapat pada waktu yang tetap..hehehe.. Ada masa, ada kesempatan dan ada kerajinan barulah ada update blog ni.

Resepi kali ini ialah AYAM MASAK KANDAR yang diperoleh resepinya dari blog NIEZA. Lama dah bookmark resepi ni sejak tahun lepas lagi tapi tak terbuat-buat juga. Ni dah berhasil mencubanya dan rasanya memang kena dengan tekak Naz. Ok, Nadz kongsikan di sini pula ye.

AYAM MASAK KANDAR

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 15 biji cili kering dimesin atau boleh juga gunakan serbuk cili
  • 3 labu bawang merah besar dimesin
  • 3 ulas bawang putih dimesin
  • 1 inci halia dimesin
  • 1 s/kjintan manis dimesin
  • 1 s/k jintan putih dimesin
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Minyak masak..saya campurkan dengan  mentega sikit
  • 1/2 cawan kicap pekat
  • 1s/k gula merah
  • 2 s/b kerisik
  • 3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
  • 3 s/b rempah kari ayam
  • 2 s/b sos tomato
  • 3 s/b sos cili
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • 2 s/b plain yogurt
  • 2 biji ubi kentang dipotong 4
  • 1 biji buah tomato dipotong 4
  • 1 kiub ayam
  • garam secukup rasa
Cara-cara masak:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.
  3. Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
  4. Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya.
  5. Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dan boleh dihidang.
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday 7 November 2012

DOUBLE CHOCOLATE CHEESE TART

 

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan kesempatan menghirup udara di bumi nan indah ini. Bumi ciptaan yang maha Esa. Semoga kita semua tidak lalai dan lupa akan kewajipan kita di muka bumi ini sebagai khalifahnya.

Kenapa namanya DOUBLE CHOCOLATE CHEESE TART ye? Haaa..sebab filling di dalamnya coklat dan cream cheese yang menutupinya pun perisa coklat. So, ada faham??? heheheee... Lagi pun Naz nak membezakan dengan tart yang Naz buat sebelum ni iaitu CHOCOLATE CHEESE TART

Untuk crust atau tart shell, Naz guna resepi yang asalnya dikongsi di laman facebook Kongsi Resepi. Cuma pemilik asal resepi ni Naz pun tak tahu siapa sebab Naz sendiri mengambil resepi ni dari sumber yang bernama Anna Qawina. Sejarah asal usul resepi ni pun Naz tau dari blog Anna juga. Walaubagaimanapun, kepada penyumbang resepi asal, diucapkan terima kasih atas perkongsian resepi ini yang memang marvelous sangat. Anak-anak Naz pula suka makan tart shell ni walaupun semasa kosong lagi tak ada cheesenya.

CRUST/ TART SHELL
Recipe by: Laman fb Kongsi Resepi
Source: Anna Qawina
Tried by: Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 250 gm mentega Buttercup
  • 120 gm gula icing
  • 2 biji telur gred B
  • 480 gm tepung gandum (kalau lembik tambah lagi tepung sikit demi sikit)
Cara-cara :
  1. Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  2. Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  3. Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  5. Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  6. Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  7. Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
NOTA ANA: 
  • Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.


Untuk resepi chocolate cheesenya, Naz gunakan resepi dari kak Azita Zain. Cuma dalam cheese yang telah siap diputar tu, Naz tambahkan sedikit chocolate ganache untuk mendapatkan rasa chocolate cream cheese. 

CREAM CHEESE FILLING
Tried by: Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan : 
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
NOTA NAZ: 
  • Untuk mendapatkan Chocolate cream cheese, masukkan chocolate ganache yang cair (tapi bukan yang masih panas ye!) ke dalam bancuhan cream cheese yang telah diputar. Gaul sebati. Ikutlah citarasa banyak mana nak letak tapi dari pemerhatian Naz, makin banyak diletak chocolate ganache tu, makin berkurangan kelikatan cream cheese tu. Bila cream cheese semakin kurang likatnya(lebih cair), maka waktu pembakaran nanti akan menjadi lebih dari biasa. So jangn panic kalau dah lebih 5 minit cream cheese masih belum masak. Just tambah lagi waktu pembakaran ye.
  • Kalau nak guna chocolate masakan yang dicairkan pun boleh tapi selepas dicairkan tu, biar ia sedikit suam baru gaul bersama dengan cream cheese yang telah diputar.
Untuk inti atau filling di bawah cream cheese tu, Naz letak chocolate ganache yang sangat simple sangat resepinya. Resepi ini jugalah yang Naz guna untuk campuran di dalam cream cheese filling di atas tu.  

COKLAT GANACHE
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

SOURCES: Anna QawinaMat Gebu
  • 200 gm coklat masakan  
  • 100 ml susu cair ATAU 150 ml whipping cream 
  • 1tsp butter

Cara-cara : 

  1. Doubler boiler susu ATAU whipping cream bersama coklat masakan.
  2. Dah agak mencair coklat tu tutup api sambil terus mengacau hingga larut semua coklat.
  3. Masukkan butter, kacau sebati.
  4. Biarkan seketika baru digunakan. 
NOTA NAZ:
  • Unruk diguna sebagai filling, simpan chocolate ganache di dalam peti ais biar ia kental. So senang bila nak dipaip atau nak disudukan ke dalam tart shell. Kalau tak, nanti comot tart kita tu rupanya.
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday 6 November 2012

CHOCOLATE CHEESE TART


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga hari yang ceria terus ceria buat kita semua hendaknya..Insyallah. Rasa macam terkejar-kejar sikit sekarang ni dek kerana kesibukan yang ntah apa-apa..hehehe.. So singkatkan perbualan dan bebelan. Terus saja kepada resepi ye.

Resepi crust tart atau shell tart ni dikongsi oleh seseorang di laman facebook Kongsi Resepi. Tak dapat dijejaki pemilik asal resepi ni sebab setelah ramai yang mencuba dan berjaya membuatnya, nama pemilik asal resepi ini semakin tenggelam bila setiap posting di wall fb Kongsi Resepi itu tidak dinyatakan sekali nama pemiliknya. Macam Naz sendiri mengambil resepi ini dari blog Anna. Jadi sejarah resepi ni pun Naz tau setakat ini je dari blog beliau. Walau bagaimanapun, terima kasih yang tidak terhingga kepada pemilik asal resepi ini dan semoga dimurahkan rezeki atas keikhlasan berkongsi ilmu. 

CRUST/ TART SHELL
Recipe by: Laman fb Kongsi Resepi
Source: Anna Qawina

Bahan-bahan:
  • 250 gm mentega Buttercup
  • 120 gm gula icing
  • 2 biji telur gred B
  • 480 gm tepung gandum (kalau lembik tambah lagi tepung sikit demi sikit)
Cara-cara :
  1. Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  2. Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  3. Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  5. Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  6. Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  7. Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
NOTA ANA: 
  • Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.

Untuk filling kejunya, Naz menggunakan resepi yang dah biasa dibuat iaitu resepi dari kak Azita Zain. Terima kasih sekali lagi ye kak kerana berkongsi resepi ini.

CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan : 
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Untuk inti atau filling di bawah cream cheese tu, Naz letak chocolate ganache yang sangat simple sangat resepinya. Nak guna resepi lain pun boleh. 

COKLAT GANACHE
  • 200 gm coklat masakan  
  • 100 ml susu cair ATAU 150 ml whipping cream 
  • 1tsp butter



Cara-cara : 

  1. Doubler boiler susu ATAU whipping cream bersama coklat masakan.
  2. Dah agak mencair coklat tu tutup api sambil terus mengacau hingga larut semua coklat.
  3. Masukkan butter, kacau sebati.
  4. Biarkan seketika baru digunakan. 

NOTA NAZ:

  • Untuk digunakan sebagai filling, simpan chocolate ganache di dalam peti ais biar ia kental. So senang bila nak dipaip atau nak disudukan ke dalam tart shell.
SELAMAT MENCUBA!

Sunday 4 November 2012

KEK LAPIS KASTAD KELADI


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Hai kawan-kawan! Bertemu lagi di arena blogging dengan harapan semoga semuanya berada dalam limpahan kurnia Illahi dan sihat sejahtera.

Hari ni nak kongsikan resepi KEK LAPIS KASTAD KELADI. Kek kastad ni resepi asalnya adalah Kek Kastad Pandan. Walaupun dah beberapa kali buat dalam versi pandan, tapi Naz tak pernah kongsikan di sini lagi resepi ni sebab selalunya memang tak sempat nak disnap gambarnya tu. Maklumlah buat untuk makan ramai-ramai di sesuatu majlis. Yang ni Naz buat untuk makan sendiri di rumah. So sempatlah posingkan kek tu dulu sebelum ngap ke dalam mulut.

Kek ni biasanya Naz buat guna loyang bulat 8". Naz bakar kek guna loyang tu dan gunakan loyang yang sama juga untuk melapis dan menyalut kek dengan kastadnya. Selalunya kalau loyang bulat 8" tu, Naz belah kek menjadi 3 keping kek.

Kali ni, Naz guna loyang empat segi 8"X8". Saja nak test. Kek pula Naz belah dua saja sebab khuatir tak cukap lak kastad nanti bila melapis. Ok juga. So resepi di bawah ye. Resepi ni dari page Jom Masak di facebook. Linknya Naz sertakan di bawah ye.  

Terima kasih kepada Page Jom Masak yang berkongsi resepi dan cara-cara melapis kek ini beserta gambar. Kalau nak tengok boleh klik pada link yang Naz sertakan di bawah tapi sebelum tu kena LIKE page tu dulu baru boleh buka

KEK KASTAD KELADI (adaptasi daripada Kek Kastad Pandan)

KEK SPAN KELADI
Bahan-bahan:
  • 150 gm tepung gandum- ayak
  • 1 tsp baking powder- ayak
  • 5 biji telur gred B
  • 100 gm gula kastor
  • 1 tsp ovallete
  • 50 ml susu segar/ susu cair
  • 1 tsp esen vanilla
  • Perisa keladi dan pewarna purple
  • 50 ml minyak masak
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
  2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
  3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
  4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
  6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.
*******************************************************************************

KASTAD KELADI
Bahan-bahan:
  • 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
  • 1 cawan gula kastor
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih
  • Secubit garam
  • Perisa keladi dan pewarna purple
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.

Ni la tepung Hoen Kwe ye. Yang ni jenama NONA. Di kedai 
alatan kek pun ada gak tapi dalam plastik besar. 


CARA MELAPIS KEK KASTAD
  1. Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
  8. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.
SELAMAT MENCUBA! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...