Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 6 January 2011

SAMBAL GORENG TELUR REBUS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Menu yang simple je tapi makan boleh bertambah-tambah.  Sambal goreng, sambal tumis, sambal belacan dan apa-apa sambal lah memang menjadi kegemaranku.  Perlu ada menu yang pedas, baru boleh membuka selera.  Kalau nak berdiet, tak boleh masak makanan yang pedas-pedas ni.  Sebab nanti makan bertambah-tambah tak ingat diri...kikiki...

SAMBAL GORENG TELUR REBUS


Bahan-bahan :
3 biji telur rebus
3 biji kentang 
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 Tbsp cili kisar
2 inci belacan
1 biji bawang besar (dimayang)
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula
Minyak masak

Cara-cara :
1.  Kisar bawang merah, bawang putih, belacan dan cili kisar bersama.
2.  Kupas kentang dan basuh.  Potong dua dan hiris.  Goreng dan ketepikan.
3.  Kelar-kelar sikit telur rebus dan goreng sambil golek-golekkan telur agar sekata untuk mendapat satu lapisan nipis kulit pada telur rebus (jangan lama sangat).
4.  Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan mesin serta bawang besar yang telah dimayang hingga pecah minyak.  Masukkan air asam jawa dan terus menggoreng hingga kelihatan garing. Rasakan garam dan gulanya.
5.  Masukkan kentang dan gaul rata.  Kemudian masukkan telur rebus tadi dan gaul sempurna.  Okey siap untuk dihidang.

5 comments:

Subhie Arun said...

sedapnya..my fav too..sambal...frst time singgah sini..lov ur space..glad to follow u!

http://subhieskitchen.blogspot.com/

Ayu said...

salam naz,
aahlah naz, sedapnya sambal goreng telur ni..akak punya favourite tau..

Unknown said...

yeah! setuju! simple dan boleh tambah nasik berpinggan.. cepat pun ya jugak.

Nadz Nazharzan said...

To Subhie Arun
Memang pun kalau sambal, ramai yang suka..Memang tekak orang Asia..suka yang pedas-pedas kan..Tq 4llow my blog..


To Kak Ayu
Wah kak Ayu pun suka sambal goreng ye? Samalah kita hehehe..


To Hann
Betullah Hann..Kalau tang sambal memang tambah nasi berpinggan2..

HaSue said...

salam ziarah..nak ngendeng sambal telur nih mesti org x kasik...dah abis pantang nanti watkan kite yek.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...