Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 25 November 2010

KUIH PENYARAM aka MEXICO HAT


Kuih penyaram atau ada orang panggil topi mexico. Ada juga yang memanggilnya kuih UFO. Sudah lama teringin nak buat kuih ni tapi asyik tertangguh jer. Resepi ni Naz dapat dari seorang kawan masa belajar dulu(punyalah lama jadi jeruk resepi ni. Kertas yang tulis resepi ni pun dah kekuningan warnanya..hehehe..). Kawan Naz ni orang Sarawak. Kita orang pun dah hilang jejak masing-masing lepas grad. Dia carikan Naz resepi ni bila Naz kata suka sangat makan kuih ni. Tak pernah try pun resepi ni sebelum ini. Alhamdulillah menjadi topi mexico ku walaupun kali pertama buat. Resepi di bawah ni dapat sikit jer tau! Kalau nak banyak, gandakanlah resepi tu.

KUIH PENYARAM aka MEXICO HAT
Bahan-bahan :

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
100 gm gula apong atau gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
50 gm gula pasir
1/4 - 1/2 cawan air biasa
1/2 cawan air kelapa (Naz guna air biasa jer..)

Minyak masak untuk menggoreng



Cara-cara :
1. Masak gula apong dan gula pasir bersama 1/4 - 1/2 cawan air biasa. Tapis dan sukat menjadi 1/2 cawan gula yang telah larut(maknanya kalau kurang, tambah sikit air untuk menjadikan 1/2 cawan gula).
2. Masukkan tepung gandum dan juga tepung beras ke dalam mangkuk.
3. Tuang larutan gula tadi dan juga air kelapa dan bancuh adunan hingga rata dan tidak berbintil-bintil. Perap adunan 2 jam atau lebih (lagi lama masa memerap, lagi bersarang di tengah-tengah kuih ni nanti).
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan gunakan api kecil.
5. Senduk 1/4 cawan adunan dan tuang perlahan di tengah-tengah kuali. Biarkan kuih melebar sendiri dan terapung. Terbalikkan kuih dan angkat apabila telah masak.
6. Buat hingga habis kesemua adunan.

NOTA :
Gunakan minyak secukupnya agar kuih terendam ketika menggoreng.

Adunan yang telah dibancuh akan kelihatan likat. Memang macam tu ye! Jadi jangan tambah air pula untuk mencairkannya..

2 comments:

liza jb said...

aduhaiii my feberet ni,,, dulu aruah mak kliza rajin buat,, sedih plk tgok kuih ni,, sendiri buat tak jadi melengkung dgn yg serat2 dlm tu....

Yani said...

sedapnya.. Naz kalu kat kelate kuih ni kaler putihkan.. cara buat mungkin samakan.. cuma ganti gula melaka tu dgn gula melaka.. ish sedapnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...