Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 30 June 2010

TRIO MARBLE CAKE


Resepi diambil dari blog CMG. Sebab malas nak taip semula, Naz copy & paste jer.. Sedap kek ni lebih-lebih lagi bila telah semalaman..
TRIO MARBLE CAKE
Sumber : CMG
Bahan-bahan :

300 g mentega
280 g tepung halus (tempung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, gaul dan ayak)
5 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
250 g gula halus
1 camca besar Ovallate
30 g gliserin (naz tak letak)
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla (naz ganti dengan oren emulco)
1/2 camca teh strawberry emulco
1 camca teh chocolate emulco



Cara membuatnya:-
1. Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
2. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
3. Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
4. Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
5. Hentak tin 2 - 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...