Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 6 May 2010

MURTABAK POPIA


MURTABAK POPIA
Bahan-bahan :

1/2 cawan daging cincang
1 tsp serbuk kari daging
1 labu bawang besar(dihiris nipis atau dipotong dadu)
1 biji cili merah(dihiris halus)
1 biji telur
Garam
Lada sulah
Minyak masak
Beberapa keping kulit popiah segera


Cara :
1. Daging cincang dan serbuk kari digaul sebati. Kemudian panaskan 1 tbsp minyak masak dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging cincang kering airnya atau sehingga daging cincang masak.
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sikit dengan garfu. Masukkan bawang besar, cili merah, garam, lada sulah dan juga daging cincang yang telah dimasak tadi dan gaul sebati.
3. Sapu sedikit minyak pada sekeping kulit popiah dan letakkan sekeping lagi kulit popiah di atasnya.
4. Letak sedikit inti daging cincang tadi di tengah-tengah kulit popiah dan bungkus menjadi segiempat seperti murtabak.
5. Panaskan sedikit minyak pada kuali leper non-stik, dan letakkan bungkusan popiah tadi di atas api perlahan. Balikkan agar masak sekata di kedua belah bahagian murtabak popiah itu.
6. Buat hingga habis kesemua inti digunakan.

NOTA : Daging cincang boleh diganti dengan bahan lain sebagai inti mengikut kegemaran masing-masing contohnya tuna di dalam tin, atau ikan sardin di dalam tin. Cuma kalau dah menggunakan bahan dalam tin, tak perlulah dimasak dulu inti tu. Boleh terus dicampur dan digaulkan dengan bahan-bahan lain jer..Apa-apa pun tepuk dada, tanya selera ye..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...