Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday 29 March 2010

PAU 2 (INTI JAGUNG)


Masih menggunakan resepi Pau 2 yang dah buat dulu sebab suka dengan texture pau ni yang gebu. Cuma kali ini Naz buat inti jagung.

PAU 2
Sumber : Kak Inahar & Ian-ieza-MyR
Bahan-bahan :
100 gm air suam
75 gm gula halus
11 gm yis mauripan
60 gm air
306 gm tepung pau
1/2 teaspoon bicarbonate of soda
1/2 teaspoon bread softener
1/2 teaspoon minyak masak
20 gm vegetable shortening
1/2 teaspoon garam

Cara Naz menyediakan pau :
1. Campurkan yis, gula dan air suam dalam satu bekas. Kacau hingga gula larut dan ketepikan. Biar hingga yis berbuih-buih.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain (kecuali 60 gm air) ke dalam mangkuk mixer dan gaul dengan tangan hingga sebati.
3. Uli adunan dengan mixer sambil memasukkan air yang 60 gm tadi.
4. Masukkan pula bancuhan yis tadi ke dalam adunan. Biarkan mesin menguli adunan hingga menjadi doh yang licin dan elastik.
5. Perap doh hingga naik 2 kali ganda.
6. Tumbuk doh untuk membuang angin dan bahagikan doh seberat 30 gm setiap satu.
7. Ambil sebiji doh dan leperkan di atas telapak tangan. Isikan dengan inti kegemaran anda. Tutup inti dengan doh sehingga rapi dan letakkan di atas sehelai kertas 2"X2". Buat hingga semua doh habis. Biarkan doh rehat 10-15 minit.
8. Panaskan periuk kukusan. Kukus pau selama 10 minit atas air mendidih.


INTI JAGUNG
Bahan-bahan
:
1 cawan cream corn
1/4 cawan gula(boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kemanisan yang dikehendaki)
2 tsp tepung kastad
1/2 cawan air

Cara :
1. Masak cream corn bersama gula di atas api hingga gula cair.
2. Larutkan tepung kastad bersama air dalam satu bekas. Masukkan bancuhan tepung ke dalam periuk tadi.
3. Terus mengacau inti jagung di atas api sederhana sehingga kelihatan likat. Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum digunakan.

NOTA : Inti jagung ni boleh diubah-suai sendiri mengikut kehendak masing-masing. Sekiranya ingin lebih lagi kastadnya, tambahkan kuantiti tepung kastad dan air. Inti jagung ini lebih baik dibuat awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Jadi apabila tiba masa menggunakannya, inti ini telah pejal dan memudahkan proses membungkus inti ini di atas doh pau.

Untuk mendapatkan pau yang cantik, dinasihatkan agar membalut penutup periuk kukusan dengan kain sebelum mengukus untuk mengelakkan wap air jatuh ke dalam kukusan dan merosakkan kulit pau.

1 comment:

the cat said...

kalau sana x nak guna cream corn tapi nak guna jagung biasa? macam mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...