Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Friday 26 February 2010

SERIMUKA DURIAN


Kali ni nak simpan resepi Serimuka Durian lak ke dalam blog ku ini. Syok sangat sebab first time buat dan Alhamdulillah menjadi..
Jadi kepada penggemar-penggemar makanan berasaskan durian, bolehlah mencuba kuih ini.
Naz pun mencuba buat kuih ini bila tengok ada beberapa ulas durian yang isinya keras sedikit tapi bau dan rasa still ada, tidak bersentuh. Hai, nak buat tempoyak, dah 2 balang tempoyak dibuat.. Daripada membazir jer, tu yang menerai isi durian tu untuk dibuat kuih..

SERIMUKA DURIAN
Sumber : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan Lapisan Bawah
:
1 cawan pulut
1 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara :
1. Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan semua bahan ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
2. Minyakkan atau lapikkan dengan plastic satu loyang lain dan masukkan pulut yang telah masak tadi. Tekan dan ratakan pulut.
3. Tuang bahagian lapisan atas.

Bahagian Lapisan Atas
1 cawan santan pekat (guna santan segera/box je pun boleh)
1/2 cawan gula perang
2 biji telur (pukul sikit)
3-4 ulas durian (ambil isinya)
21/2 TBSP tepung gandum
1 TBSP tepung jagung
1 tsp garam
1 tsp gula pasir(optional-utk tambah kemanisan if kurang)

Cara :
1. Santan dan isi durian diblend supaya halus.
2. Masukkan bahan lain dan kacau hingga sebati.
3. Masak bancuhan di atas api perlahan hingga naik wap.(kejap je)
4. Tuang ke atas pulut tadi dan kukus hingga masak atas api sederhana.
5. Sejukkan dulu sebelum dipotong.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...