Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday 30 August 2009

IRISH COOKIES


Biskut ni antara biskut yg famous juga di kalangan blogger masakan.. Resepi asal dibawa oleh NoorBaya.. Rasa biskut nie memang best sebab ada campuran serbuk kopi segera dan juga nestum.. Bila bakar dalam oven, semerbak bau harumnya keluar.. Biskut ni dah menjadi kemestian di rumah Naz tak kiralah musim perayaan atau tidak sebab anak-anak suka. Kalau tak percaya, cubalah buat.. Atau kalau malas, boleh tempah je dengan Naz, tapi lepas raya lah ye sebab sekarang tempahan biskut raya dah penuh.. So, ni resepinya..
BAHAN A:
180 gm mentega
20 gm vege shortening
130 gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk nescafe
1 sudu teh esen kopi/coffee emulco/ asen vanilla
BAHAN B:
200 gm tepung gandum
100 gm tepung ubi
1/2 sudu teh serbuk penaik
40 gm nestum dikisar

BAHAN HIASAN:
Kuning telur atau putih telur untuk sapuan
Sugar ball untuk taburan

CARA:
  1. Satukan semua BAHAN A ke dalam mixing bowl --> pukul hingga sebati dan berkrim.
  2. Masukkan BAHAN B --> uli, canai dan terap.
  3. Sapukan dengan putih telur dan taburkan dengan sugar ball.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 15-20 minit(ikut oven masing-masing).
Jadi selamat mencuba!! Rugi kalau tak cuba biskut ni...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...